Sign up for FlowVella
Sign up with FacebookAlready have an account? Sign in now
By registering you are agreeing to our
Terms of Service
Loading Flow
4
Peperangan telah menyebabkan kemusnahan infrastruktur, sumber ekonomi & bangunan. Semasa berundur, tentera British menggunakan taktik "bumi hangus" iaitu dengan memusnahkan jambatan, jalan raya, jalan kereta api ladang-ladang & kawasan perlombongan. Mereka berbuat demikian untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun & melumpuhkan ekonomi. Di Sarawak British telah membakar telaga minyak di Miri & memusnahkan dokumen kerajaan. Kemusnahan akibat peperangan ini telah menggagalkan cita-cita Jepun untuk menguasai bahan mentah di negara kita. Sehubungan dengan itu, bagi menghindari daripada berulangnya peristiwa kemusnahan tersebut, kita perlu sentiasa berusaha untuk mengelakkan sebarang peperangan daripada berlaku di negara kita.